Sunday, March 15, 2009

Yaho....




Assalamualaikum kawan-kawan, Hehehe... Apa khabar semua? Mesti ada yang menjengah blog saya marah ataupun bosan ataupun apa-apa sajalah sebab tidak ada entry baru. Minta maaf sangat. Sekarang saya agak sibuk sedikit. (entah bila yang tak sibuk agaknya.) Saya sangat gembira. Sebab? Buku ketiga saya sudah berada di pasaran. Cepat dapatkan. Siapa lambat dia rugi. Tengok blurb depan buku tu. "Jadilah orang pertama di sekolah anda yang memiliki buku ini." Jadi apa tunggu lagi? Mari kita serbu kedai buku beramai-ramai.
Oh ya... gambar yang saya sertakan ini adalah semasa hari pelancaran buku itu di SACC Mall Shah Alam. Hmm... Tapi saya pelik... Hari tu pelancaran buku baru saya, tapi ramai yang beli buku Sekolah Kampung? Kenapa ya agaknya. Komen sikit siapa yang sudah baca buku itu.

Oh ya, satu lagi. Lepas ini saya akan cuba update blog saya selalu. Saya akan pastikan dalam satu minggu mesti ada sekurang-kurangnya 2 entry. Hore! Alisa boleh! Alisa? Siapa Alisa?

Okey kita jumpa lagi nanti. Bye