Thursday, May 7, 2009

Minta maaf

Assalamualaikum,

Mula-mula sekali saya nak minta maaf. Maaf yang tersangat banyak. Sebab langgar janji nak update blog ni sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Sekarang ni dah sebulan sekali. Pesta buku dah pun habis. Penat betul. Terima kasih kepada yang membeli buku Tempat Ke-2? dan buku-buku saya yang lain. Harap kawan-kawan suka buku baru ni. Minta maaf juga sekiranya saya terlupa pada kawan-kawan yang datang jumpa saya. Ada yang tanya buku Tempat Ke-2? ni ada sambungan tak? Jeng... Jeng...Jeng... Ada. Apa tajuk dia? Okey kena tunggu. Mungkin bulan Oktober baru keluar. Jadi tunggu...