Wednesday, June 24, 2009
Alhamdulillah
Alhamdulillah. Syukur tak terkata saya hari ini. Sekiranya ada perkataan yang lebih hebat dari gembira mungkin saya akan gunakan perkataan itu. Pagi tadi saya dapat panggilan telefon dari emak saya. Mulanya saya sangka panggilan biasa-biasa. Mungkin hendak bertanya khabar. Rupa-rupanya.... Saya diberitahu yang buku saya Sekolah Kampung? memenangi pertandingan Anugerah Sastera Darul Ta'zim. Untuk pengetahuan kawan-kawan saya berasal dari Muar, Johor. Jadi saya layak menyertai pertandingan itu. Saya dapat er... tempat pertama? Bukan juga sebab setiap kategori hanya ada satu hadiah. Saya akan terima hadiah di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru pada 17 Julai nanti. Jadi pada kawan-kawan yang hendak berjumpa saya pada hari itu... (eceh.. ceh.. macam artis pula) bukan apa, mungkin mahu berkenalan dan menambah bilangan kawan-kawan saya. Mungkin boleh beri idea juga pada saya untuk menulis buku seterusnya bolehlah berjumpa di sana nanti ya.
Okey... sekali lagi saya nak jerit saya sangat gembira!!!!!
Tuesday, June 9, 2009
Cuti Sekolah datang lagi
Salam kawan-kawan.
Sekarang sedang cuti sekolah. Buat apa? Pergi mana? Ada tolong emak ataupun ayah? Inilah masanya kita nak berbakti pada mereka berdua. Jadi anak yang soleh.
Hm... Pesta buku Antarbangsa sudah berlalu. READ Malaysia pun sudah habis. Ada juga yang bertanya saya ada di READ Malaysia ataupun tidak tempoh hari. Hm... Maaflah. Saya lupa nak update dan maklumkan yang saya tidak berada di sana. Masa pesta buku tempoh hari saya ada, hampir setiap hari. Masa READ Malaysia saya tidak berkesempatan. Maklumlah banyak kerja kena selesaikan mana-mana yang tertangguh.
Apa pun tentu seronok cuti sekolah kan? Boleh bangun lambat. Boleh lepak-lepak tengok tv. Ish... memang mengasyikkan. Tetapi ingat jangan lupa tolong emak dan ayah.
Okey nanti kita jumpa lagi.