Tuesday, July 6, 2010

Tukar Sekolah Lagi?

Assalamaualaikum kawan-kawan!

Lama blog ini tidak bersiaran, ewah! Jadi pada hari ini, saya mahu memperkenalkan buku saya yang terbaharu, selepas 'Sekolah Kampung?' dan 'Sekolah Menengah?' iaitu....


Yey!! Inilah siri sambungan bagi siri ini!!
Cantik tak?


Kawan-kawan sudah beli? Sekiranya sudah beli, marilah berikan komen pada komen di bawah. Pada yang belum beli, haaa... jangan lupa dapatkan di kedai-kedai buku ya!

Okeylah, itu sahaja buat masa ini. Jumpa lagi pada entri akan datang! (^_^)

Tuesday, July 21, 2009

Hari yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum kawan-kawan,

Ingat tak hari itu saya ada cakap pasal saya menang Anugerah Sasterawan Darul Ta'zim? Majlis itu berlangsung pada 17 Julai tempoh hari. Mula-mula tu berdebar betul saya masa nak naik pentas. Sampai kejang kaki saya. Maklumlah kali pertama kena naik pentas. Berdebar betul. Tambahan pula majlis itu dihadiri oleh Menteri Besar Johor. Ish.. takut betul saya. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya berjaya naik pentas walaupun ada rasa sedikit gugup. Tapi dengan kemenangan ini memberi saya semangat untuk menulis buku yang lebih best lagi.
Hahaha! Poyo tak saya?

Okeylah kita jumpa lagi nanti ya. Bye

Wednesday, June 24, 2009

Alhamdulillah

Assalamualaikum kawan-kawan,

Alhamdulillah. Syukur tak terkata saya hari ini. Sekiranya ada perkataan yang lebih hebat dari gembira mungkin saya akan gunakan perkataan itu. Pagi tadi saya dapat panggilan telefon dari emak saya. Mulanya saya sangka panggilan biasa-biasa. Mungkin hendak bertanya khabar. Rupa-rupanya.... Saya diberitahu yang buku saya Sekolah Kampung? memenangi pertandingan Anugerah Sastera Darul Ta'zim. Untuk pengetahuan kawan-kawan saya berasal dari Muar, Johor. Jadi saya layak menyertai pertandingan itu. Saya dapat er... tempat pertama? Bukan juga sebab setiap kategori hanya ada satu hadiah. Saya akan terima hadiah di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru pada 17 Julai nanti. Jadi pada kawan-kawan yang hendak berjumpa saya pada hari itu... (eceh.. ceh.. macam artis pula) bukan apa, mungkin mahu berkenalan dan menambah bilangan kawan-kawan saya. Mungkin boleh beri idea juga pada saya untuk menulis buku seterusnya bolehlah berjumpa di sana nanti ya.

Okey... sekali lagi saya nak jerit saya sangat gembira!!!!!

Tuesday, June 9, 2009

Cuti Sekolah datang lagi

Salam kawan-kawan.

Sekarang sedang cuti sekolah. Buat apa? Pergi mana? Ada tolong emak ataupun ayah? Inilah masanya kita nak berbakti pada mereka berdua. Jadi anak yang soleh.

Hm... Pesta buku Antarbangsa sudah berlalu. READ Malaysia pun sudah habis. Ada juga yang bertanya saya ada di READ Malaysia ataupun tidak tempoh hari. Hm... Maaflah. Saya lupa nak update dan maklumkan yang saya tidak berada di sana. Masa pesta buku tempoh hari saya ada, hampir setiap hari. Masa READ Malaysia saya tidak berkesempatan. Maklumlah banyak kerja kena selesaikan mana-mana yang tertangguh.

Apa pun tentu seronok cuti sekolah kan? Boleh bangun lambat. Boleh lepak-lepak tengok tv. Ish... memang mengasyikkan. Tetapi ingat jangan lupa tolong emak dan ayah.

Okey nanti kita jumpa lagi.

Thursday, May 7, 2009

Minta maaf

Assalamualaikum,

Mula-mula sekali saya nak minta maaf. Maaf yang tersangat banyak. Sebab langgar janji nak update blog ni sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Sekarang ni dah sebulan sekali. Pesta buku dah pun habis. Penat betul. Terima kasih kepada yang membeli buku Tempat Ke-2? dan buku-buku saya yang lain. Harap kawan-kawan suka buku baru ni. Minta maaf juga sekiranya saya terlupa pada kawan-kawan yang datang jumpa saya. Ada yang tanya buku Tempat Ke-2? ni ada sambungan tak? Jeng... Jeng...Jeng... Ada. Apa tajuk dia? Okey kena tunggu. Mungkin bulan Oktober baru keluar. Jadi tunggu...

Sunday, March 15, 2009

Yaho....




Assalamualaikum kawan-kawan, Hehehe... Apa khabar semua? Mesti ada yang menjengah blog saya marah ataupun bosan ataupun apa-apa sajalah sebab tidak ada entry baru. Minta maaf sangat. Sekarang saya agak sibuk sedikit. (entah bila yang tak sibuk agaknya.) Saya sangat gembira. Sebab? Buku ketiga saya sudah berada di pasaran. Cepat dapatkan. Siapa lambat dia rugi. Tengok blurb depan buku tu. "Jadilah orang pertama di sekolah anda yang memiliki buku ini." Jadi apa tunggu lagi? Mari kita serbu kedai buku beramai-ramai.
Oh ya... gambar yang saya sertakan ini adalah semasa hari pelancaran buku itu di SACC Mall Shah Alam. Hmm... Tapi saya pelik... Hari tu pelancaran buku baru saya, tapi ramai yang beli buku Sekolah Kampung? Kenapa ya agaknya. Komen sikit siapa yang sudah baca buku itu.

Oh ya, satu lagi. Lepas ini saya akan cuba update blog saya selalu. Saya akan pastikan dalam satu minggu mesti ada sekurang-kurangnya 2 entry. Hore! Alisa boleh! Alisa? Siapa Alisa?

Okey kita jumpa lagi nanti. Bye

Monday, January 19, 2009

Perkembangan terkini

Assalamualaikum kawan-kawan.

Ya Allah lama betul saya tak update blog ni. Hari tu cuti 2 bulan. Lepas tu sibuk buat benda lain. Sampai terlupakan blog ni. Kawan-kawan apa khabar? Sudah berapa minggu naik sekolah. Macam mana? Bagi yang baru mula bersekolah, sudah dapat ramai kawan? Ada yang pindah sekolah kah? Hm... Tentu tidak seronok kan? Tapi tak mengapa itu awal-awal saja. Jangan jadi macam Alya. Ada saja alasan dia tidak mahu pergi sekolah.
Kawan-kawan mahu baca buku baru saya? Belum keluar lagi... Tunggu ya... Mungkin bulan 3 nanti baru keluar. Tajuk apa? Rahsia... Hehe... Okey jumpa lagi nanti. Bye