Wednesday, June 24, 2009

Alhamdulillah

Assalamualaikum kawan-kawan,

Alhamdulillah. Syukur tak terkata saya hari ini. Sekiranya ada perkataan yang lebih hebat dari gembira mungkin saya akan gunakan perkataan itu. Pagi tadi saya dapat panggilan telefon dari emak saya. Mulanya saya sangka panggilan biasa-biasa. Mungkin hendak bertanya khabar. Rupa-rupanya.... Saya diberitahu yang buku saya Sekolah Kampung? memenangi pertandingan Anugerah Sastera Darul Ta'zim. Untuk pengetahuan kawan-kawan saya berasal dari Muar, Johor. Jadi saya layak menyertai pertandingan itu. Saya dapat er... tempat pertama? Bukan juga sebab setiap kategori hanya ada satu hadiah. Saya akan terima hadiah di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru pada 17 Julai nanti. Jadi pada kawan-kawan yang hendak berjumpa saya pada hari itu... (eceh.. ceh.. macam artis pula) bukan apa, mungkin mahu berkenalan dan menambah bilangan kawan-kawan saya. Mungkin boleh beri idea juga pada saya untuk menulis buku seterusnya bolehlah berjumpa di sana nanti ya.

Okey... sekali lagi saya nak jerit saya sangat gembira!!!!!

7 comments:

alyiafarzana said...

Tahniah kak natasya...tapi mungkin saya tak dapat pergi sebab jauh sangat dari Seremban...sorry....ermm sebelum saya terlupa gambar tuh saya dah forwardkan balik, kak Natasya dapat tak???

nabilah said...

Tahniah akak!btul ckap kak alyia..nbilah duduk negeri sembilan..jaoh tuh...

anyway..

Congarets!!
memang patut buku akak tempat per1..

Best!

alyiafarzana said...

Silalah lawat saya punya blog dan komen.Ini blog saya: alyiafarzana.blogspot.com ;)

EyRaH said...

first,tahniah
second,buku tempat ke-2 best giller!!!
third,bila sambungan tempat ke-2 dikeluarkan?

alyiafarzana said...

Kak Natasya, ambillah award yang ada gambar laptop warna pink(bukan teddybear)..Kak Natasya jangan lupa yerk lengkapkan syarat2 juga;)

Mia said...

Ala..kenapa dapat hadiah Sekolah Kampung? Saya rasa Sekolah Menengah lagi best!!!

rowena ridzuan said...

Salam Natasya,
Seriously, buku sekolah kampung itu memang best!!

Masa dapat tahu buku tu menang dari blog PTS, rasa bangga gila.

Perjalanan cerita dalam buku tu sangat lancar, dan rasa teringat-ingat masa kanak-kanak dulu..