Thursday, October 30, 2008

Hari Raya

Assalamualaikum...
Diam tak diam dah habis hari raya. Banyak tak dapat duit raya? Seronok tak raya ni? Saya? Ish... seronok sangat. Maklumlah raya dengan orang baru. Dia dapat banyak duit raya saya tumpang sekaki. Hihi... Mana-mana yang kena ganti puasa tu ganti ya. Lambat-lambat nanti.... Okey jumpa lagi nanti. Selamat lepas Hari Raya. :)

Sunday, October 12, 2008

Dunia Baru

Assalamualaikum kawan-kawan,

Ingat lagi tak entry saya yang cakap pasal saya nak dapat kawan baru? Kawan baru saya sudah tiba. Nama dia Muhammad Umar Afif. Comel sangat... Boleh? Nanti saya tunjuk gambar dia.
Seronok betul sekarang sebab dah ada orang baru. Saya dah kena jaga dia sekarang. Saya sayang sangat dia. Dia sayang saya tak? Mestilah... Sebab saya mama dia. Hehehe...
Okey sampai sini saja. Nanti kita sambung lagi...

Monday, July 21, 2008

Tanggungjawab

Hai kawan-kawan...

Apa khabar semua? Saya khabar tak berapa baiklah. Beberapa hari ni kurang sihat saja. Tapi walaupun tak sihat, saya kena siapkan kerja saya juga. Banyak betul kerja yang perlu disiapkan. Macam mana pun saya kena siapkan walau apa keadaan sekalipun. Sebab kalau saya tak siapkan orang lain akan susah. Kawan-kawan bila dapat kerja sekolah terus siapkan ataupun tangguh dulu? Lebih baik terus siapkan. Sebab kita tak tahu kita sihat ataupun tidak sekejap lagi sekiranya kita bertangguh.
Apa yang saya mengarut ni? Hm... apa-apa sajalah.

Okey kita jumpa lagi nanti ya.

Wednesday, July 9, 2008

Kawan baru...

Assalamualaikum...
Ini betul-betul lama saya tak update blog. Sudah lebih sebulan. Buat apa? Entahlah... Nak kata sibuk tak juga. Tak apalah yang penting saya update. Hehehe...
Kawan-kawan suka tak bila dapat kawan baru? Saya suka sangat. Sebab tak lama lagi saya nak dapat kawan baru. Seronoknya. Saya pun tak tahu macam mana rupa kawan baru saya. Harap-harap dia comel. Tapi saya tahu kawan baru saya ni baik dan pandai. Nanti bila dia sudah datang saya tunjukkan gambar dia pada kawan-kawan ya.
Kawan-kawan doakan saya selamat berjumpa dia ya. :)

Okeylah sampai sini saja. Kita jumpa lagi nanti.

Tuesday, June 10, 2008

Tinggal seorang....

Assalamualaikum kawan-kawan....

Lama juga saya tak post entri baru ya. Maaflah, sibuk sikit. Banyak kerja.
Huhu... Hari ini saya tinggal seorang. Kawan serumah saya pergi outstation. 3 hari. Jadi saya tinggal rumah seorang. Takut? Adalah juga... Sikit-sikit. (Sebenarnya banyak juga)
Sebelum tidur saya baca ayat kursi banyak. Tapi teringat juga cerita-cerita hantu yang saya tengok. Bila teringat tu saya buka semua lampu. Saya pejam mata rapat-rapat. Kelakar tak? Dah besar-besar pun takut. Tapi bila dah makin mula ingat yang mengarut saya cuba bertenang. Ingat, kita cuma boleh takut pada Allah saja. Bukan pada benda lain.
Ingat tu kawan-kawan. (juga peringatan pada diri saya juga)

Okeylah..
Jumpa lagi

Friday, June 6, 2008

Petang yang gelap

Hai kawan-kawan,

Kenapa tajuk saya petang yang gelap. Sebab... mata saya boleh buka separuh saja. Separuh lagi dah tertutup. Sebab mengantuk yang amat sangat.
Kenapa kita mesti mengantuk, sedangkan malam sudah dapat tidur yang cukup? Bagus tak soalan tu? Hm... tak baguskan. Apa saya melalut ni? Apa yang kawan-kawan buat kalau mengantuk? Orang kata minum nescafe, buat senaman ringan, rendam kaki dalam air dan macam-macam lagilah.
Tapi saya tak percaya semua tu. Sebab pada saya ubat ngantuk hanya satu saja iaitu... TIDUR.
Okeylah saya nak tidur sekejap.

Zzzzz....

Wednesday, June 4, 2008

Kena berjimat?

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan,

Hari ini negara kita dikejutkan dengan harga minyak yang naik melambung, melayang dan menggunung. Bagi kawan-kawan yang masih bersekolah mungkin tak terasa sangat. Tapi kawan-kawan boleh tolong ibu bapa kawan-kawan tahu.
Nak tahu macam mana? Jimatkan perbelanjaan sekolah. Jangan membazir beli benda yang bukan-bukan. Kalau nak beli buku tu kumpul duit sikit-sikit. Tapi jangan sampai tak beli buku langsung ya. Nanti saya tak mahu tulis buku lagi. Hehehe...

Okey sampai sini saja.
Jumpa lagi. Bye

Tuesday, June 3, 2008

Jalan-jalan

Hai kawan-kawan,

Cuti sekolah belum habis lagi kan? Ada yang pergi jalan-jalan? Saya baru balik jalan-jalan. Saya pergi Kelantan. Ramai betul orang sepanjang saya di sana. Seronok juga. Tapi penat... :(
Sepanjang di sana saya dapat idea untuk buku akan datang saya. Nak tahu pasal apa? Hehe kena tunggu ya...

Okeylah jumpa lagi nanti.
Bye

Tuesday, May 27, 2008

Cuti sekolah?

Hai kawan-kawan,

Maaflah lama tak update blog ni. (macamlah dah banyak sangat entri dalam blog ni)
Sibuk? Tak juga. Malas? Ya betul.

Sekarang musim cuti sekolah. Buat apa? Jalan-jalan dengan famili? Tolong emak di dapur? Tolong ayah basuh kereta.
Hm... Bosan juga cuti sekolah. Tak tahu apa nak buat. Saya ada cadangan. Apa kata, kawan-kawan ulangkaji pelajaran. Kah! Kah! Kah! Bosan tak cadangan saya? Waktu tak cuti sekolah pun kena ulangkaji. Cuti sekolah pun kena ulangkaji. Janganlah sampai lupa pelajaran pula. Ulangkaji sikit-sikit saja sudahlah. Mana yang ada kerja sekolah tu siapkan. Nanti cikgu babab!

Okey, saya tak tahu nak cakap apa lagi.

Jumpa lagi, bye

Tuesday, May 13, 2008

Pergi sekolah?

Hai kawan-kawan?

Apa khabar? Hari ini hari pertama saya update blog. Kiranya saya baru belajar buat blog hari ini jugalah. Nak belajar buat blog kita tak perlu pergi sekolah. Boleh belajar daripada kawan-kawan saja.

Kawan-kawan suka pergi sekolah? Saya suka pergi sekolah. Sebab boleh pergi bermain dengan kawan-kawan. Tapi tak suka pergi sekolah sebab kena belajar. Hm... Macam mana tu? Ok nanti kita fikirkan.

Sampai sini sajalah ya. Nanti kita borak lagi. Oh ya... lupa pula. Terima kasih kepada 'jiran-jiran' saya yang mengajar saya membuat blog ini. Jadi saya terpaksalah promotekan blog dia di sini. aizam aiman dan Tan Sri Alif. Aizam aiman adalah penulis siri 'my'. Nanti saya nak cadangkan pada dia buat My Jiran. Antara buku yang Tan Sri Alif tulis pula (gelaran Tan Sri tu dia dapat sebab dia perasan) Hantu Silap Mata dan banyak lagi. (malas nak tulis sebenarnya)

Ok sampai sini saja. Jumpa lagi.

Assalamualaikum... Mmuah....